• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Dec 20, 2015

Bayou Lagoon Park Resort

December 20, 2015 // by Radjman // ,


Bayou Lagoon Park Resort terletak dalam jarak 15 minit pemanduan ke Jonker Street yang terkenal, Bayou Lagoon Park Resort menawarkan kolam renang luaran dan pusat kecergasan. Tempat letak kereta persendirian adalah percuma, manakala WiFi percuma disediakan di lobi. 


Resort ini berjarak 5 minit pemanduan dari Pasar Raya Jusco dan Parkson Mall yang terletak berhampiran. Pusat beli-belah Mahkota Parade, Dataran Pahlawan Megamall dan Bandar Melaka berada sejauh 15 minit pemanduan. Ibu kota Kuala Lumpur boleh dikunjungi dalam 90 minit pemanduan. 



Menawarkan ruang tamu dan dapur kecil, apartmen-apartmen berhawa dingin ini dilengkapi dengan sofa, TV satelit skrin rata dan peti sejuk. Bilik mandi en suite menyediakan kemudahan pancuran mandian air panas dan sejuk. Bilik-bilik bebas rokok juga disediakan. 



Bayou Lagoon Park Resort mengendalikan kaunter penerimaan tetamu 24 jam yang boleh membantu dengan simpanan bagasi dan perkhidmatan dobi. Kemudahan mesyuarat/jamuan disediakan, manakala para tetamu yang datang bersama keluarga boleh meluangkan masa di bilik permainan atau taman permainan. 



Hidangan tempatan dihidangkan di restoran-restoran yang terletak dalam jarak 5 minit pemanduan jauhnya.